BAHAGIAN 2

JENIS CARTA

Tuesday, April 7, 2009

JAPANESE CANDLESTICK

- CARTA CANDLESTICK sama seperti carta bar tetapi lebih kemas dan lebih cantik serta berformat grafik.

-Ia di namakan Candlestick (CS) kerana ia berbentuk seperti lilin (candle).

- Bar CS masih menunjukkan HI-LOW harga pasaran pada paksi menegaknya. Bezanya hanya terdapat blok besar di bahagian tengah yang menunjukkan Opening dan closing price.



• Secara tradisional, terdapat dua warna bagi blok ini iaitu hitam dan putih.

o HITAM – menunjukkan opening price lebih TINGGI daripada closing price ( harga JATUH).

o PUTIH – mununjukkan opening price lebih RENDAH daripada closing price ( harga NAIK).



- Trader masa kini tidak suka melihat carta yang berwarna hitam putih seperti ini.

- Selalunya mereka menukarkan CS hitam dengan warna MERAH dan CS putih dengan warna HIJAU.

- Kita akan pelajari bagaimana untuk membuat pengubahan ini di dalam bahagian PLATFORM nanti.



• Rajah di atas merupakan wajah baru bagi CS hitam putih sebentar tadi. Dengan CS yang berwarna ini, akan memberikan mood yang lebih baik kepada para trader dalam membuat keputusan dan analisis trading.

Apabila berada di dalam platform, CS akan berupa seperti ini:


Bagaimana?? Lebih menarik bukan??

-Walaupun maklumat yang ditunjukkan oleh CS adalah sama sahaja dengan carta bar, namun terdapat beberapa kelebihan CS berbanding carta bar iaitu:

- CS lebih senang di interpretasikan (dibaca dan ditafsir). Sesuai bagi ‘beginner’ untuk mula membaca analisis carta.

- CS lebih senang digunakan. Mata kita lebih mudah menangkap maklumat yang disampaikan dalam bentuk CS berbanding carta bar.

- CS mempunyai beberapa patern yang memudahkan kita mengingati apakah trend yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku.

- CS memudahkan kita mengesan titik pembalikan pasaran (pasaran akan berpatah balik).

BAR CHART (CARTA BAR)

-Carta bar juga menunjukkan closing price tetapi bezanya, ia juga menunjukkan opening price, harga tertinggi (HIGH) dan juga harga terendah (LOW) bagi satu-satu timeframe.

- Rajah di bawah menunjukkan keratan satu bar.


OPEN – Satu garis kecil mendatar di sebelah kiri yang menunjukkan opening price bagi timeframe tersebut.
HIGH – Puncak bagi garisan menegak yang menunjukkan harga tertinggi yang pernah dicapai dalam time frame tersebut.
LOW – Dasar bagi garisan menegak yang menunjukkan harga terendah yang pernah dicapai dalam timeframe tersebut.
CLOSE – Garisan kecil mendatar di sebelah kanan yang menunjukkan closing price bagi time frame tersebut.

- Carta bar juga dipanggil carta OHLC (Open, High, Low, Close)

- Rajah di bawah pula adalah satu contoh himpunan carta bar bagi pair EUR/USD:

LINE CHART (CARTA GARISAN)

- LINE CHART adalah carta berbentuk garisan yang mem’plot’kan closing price pada setiap Timeframe yang kita pilih. Ia menyambungkan satu closing price dengan satu closing price yang lain.

- Apabila bergabung dalam satu garisan, kita akan dapat melihat satu pergerakan harga bagi pair tersebut untuk satu-satu tempoh masa (Timeframe boleh dipilih sendiri oleh trader dalam platform dagangan).

- Rajah di bawah adalah satu contoh Line Chart bagi pair EUR/USD: