BAHAGIAN 2

JENIS CARTA

Tuesday, April 7, 2009

JAPANESE CANDLESTICK

- CARTA CANDLESTICK sama seperti carta bar tetapi lebih kemas dan lebih cantik serta berformat grafik.

-Ia di namakan Candlestick (CS) kerana ia berbentuk seperti lilin (candle).

- Bar CS masih menunjukkan HI-LOW harga pasaran pada paksi menegaknya. Bezanya hanya terdapat blok besar di bahagian tengah yang menunjukkan Opening dan closing price.



• Secara tradisional, terdapat dua warna bagi blok ini iaitu hitam dan putih.

o HITAM – menunjukkan opening price lebih TINGGI daripada closing price ( harga JATUH).

o PUTIH – mununjukkan opening price lebih RENDAH daripada closing price ( harga NAIK).



- Trader masa kini tidak suka melihat carta yang berwarna hitam putih seperti ini.

- Selalunya mereka menukarkan CS hitam dengan warna MERAH dan CS putih dengan warna HIJAU.

- Kita akan pelajari bagaimana untuk membuat pengubahan ini di dalam bahagian PLATFORM nanti.



• Rajah di atas merupakan wajah baru bagi CS hitam putih sebentar tadi. Dengan CS yang berwarna ini, akan memberikan mood yang lebih baik kepada para trader dalam membuat keputusan dan analisis trading.

Apabila berada di dalam platform, CS akan berupa seperti ini:


Bagaimana?? Lebih menarik bukan??

-Walaupun maklumat yang ditunjukkan oleh CS adalah sama sahaja dengan carta bar, namun terdapat beberapa kelebihan CS berbanding carta bar iaitu:

- CS lebih senang di interpretasikan (dibaca dan ditafsir). Sesuai bagi ‘beginner’ untuk mula membaca analisis carta.

- CS lebih senang digunakan. Mata kita lebih mudah menangkap maklumat yang disampaikan dalam bentuk CS berbanding carta bar.

- CS mempunyai beberapa patern yang memudahkan kita mengingati apakah trend yang sedang berlaku dan mungkin akan berlaku.

- CS memudahkan kita mengesan titik pembalikan pasaran (pasaran akan berpatah balik).